Mee Kuey Teow Penang
300gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur
Cara memasak:
Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang. Kupas udang. Asingkan isi dari kulit serta kepala. Ambil kulit dan kepala udang tu dan kisar bersama air rebusan tadi. Tapis dan ketepikan air pati udang ni.
Campurkan semua bahan utk paste dgn air pati udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
Laksa Johor
BAHAN2NYA:
1/2 kg ikan tenggiri
1/2 cawan rempah kari ikan Babas
1/2 cawan cili kering yg dikisar
1/2 cawan udang kering (cuci bersih, keringkan dan kisar)
3 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 biji bawang besar
1 cawan santan pekat
1 paket kecik kerisik
ULAM2
Timun
Taugeh
daun kesom
kacang panjang
limau kasturi
SAMBAL BELACAN:
1/2 biji bawang besar
5 batang cili merah
1 inci belacan - dibakar
garam
gula
CARA:
Ikan dibersihkan dan direbus dengan sedikit garam. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air rebusan ikan tadi. Tepikan. Kisar bawang, serai, lengkuas dan halia sampai halus.
Panaskan periuk bubuh minyak setengah cawan dan masukkan bawang, serai, lengkuas dan halia kisar tadi. tumis sampai naik bau. Masukkan rempah ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan air setengah cawan dan goreng lagi kira-kira lima minit. Pastu masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak.
Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Bubuh air dua cawan dan santan satu cawan. Bila dah mendidih masukkan udang kering kisar dan kerisik. Rasakan dengan garam
Untuk sambal, tumbuk semua bahan sampai lumat.
Laksa Penang
Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )
3-4 paket laksa beras cap Zong Shan
*Bahan kuah laksa*
1 kg ikan kembung
3-4 ulas asam keping
1/2 labu bawang besar
7-10 ulas bawang merah
5-6 ulas bawang putih
3-4 cm halia
10-12 sudu makan cili giling
7-10 biji cili padi
1/2 cawan air asam jawa
3 cm belacan
segenggam daun kesum
1 batang bunga kantan
garam secukup rasa
*Bahan ulam laksa*
4-5 biji telur rebus – dibelah dua
1 biji cili merah – dihiris
1 biji cili hijau – dihiris
1/2 labu bawang besar – dihiris
5-6 biji cili padi – dihiris
1/2 biji nanas – dihiris
1 batang timun – dihiris memanjang
5-6 biji limau kasturi – dibelah dua
4-5 helai daun salad – dihiris
sedikit daun pudina
*Bahan opsyenal*
petis udang
Cara-cara
Laksa direndam dalam air sekurang-kurangnya setengah jam. Kemudian direbus sampai ‘al-dente’…Laksa ditoskan dan diketepikan.
*Kuah laksa* Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam. Kemudian, asingkan ikan rebus dan ketepikan air rebusan bersama asam keping tadi.
Ikan rebus diperisikan lalu dikisar…Kemudian, campurkan isi ikan dikisar ke dalam air rebusan ikan tadi…Tulang ikan turut dikisar…Tulang ikan kisar ditapis ke dalam ramuan tadi juga…
Kisarkan bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili padi dan halia…Bahan-bahan dikisar ini dicampurkan kepada ramuan ikan rebus tadi…Kemudian, panaskan periuk…
Masukkan cili giling dan belacan…Lalu masukkan air asam jawa…
Masukkan daun kesum dan bunga kantan…
Kacau perlahan-lahan…Masak hingga mendidih…Kecap rasa masin, masam, dan pedasnya…Bubuhkan garam secukup rasa…Sedia untuk diangkat dan dihidangkan bersama laksa dan ulam-ulamannya..
Mee Kari
Bahan - bahannya..
1 kg mee kuning [celur dan toskan]
Taugeh [buangkan kaki/akarnya]
Bawang goreng
Bahan Hiris/potong kecil
Tahu [gorengkan]
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Limau kasturi/limau nipis
Bahan Kuah:
1/2 kg ayam...potong kecil
200 gm udang
1 paket chicken ball
1 paket fish cake [potong nipis]
2 s/b cili mesin
3 s/b rempah kari dibancuh dgn skit air asam jawa
5 cawan santan..(1 biji kelapa)
minyak
garam
Bahan mesin
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
Cara Memasak Kuah:
1. Tumiskan bahan yang dimesin sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.
2. Masukkan ayam.. fish cake..dan chicken ball dan santan..renehkan sehingga naik minyak.
3. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.
Mee Rebus
Mee Rebus
1½ kg mee kuning (dicelur)
½ kg taugeh (dibuang ekor, dicelur)
Bahan Kuahnya
1 cawan udang geragau* (rendam sebentar dgn air, toskan)
3 sudu makan udang kering* (rendam, toskan)
300 gm daging/tetelan (rebus hingga empuk dgn lebihan air)
2½ cm halia*
2 cm lengkuas*
2 batang serai*
6 ulas bawang putih*
2 biji bawang besar*
4 sudu makan penuh rempah kari ikan
6 sudu makan penuh tauco (jgn ambil airnya, dilecek separuh halus)
1 kg keledek (direbus dan lecek halus)
sedikit kacang tanah goreng (ditumbuk kasar-kasar)- (optional)
lebih kurang 1½ – 2 liter air (diambil dari air rebusan daging dulu, kalau tak cukup ditambah air biasa)
garam dan gula secukupnya
3 senduk minyak masak.
Cara:
Kisar bahan-bahan * dan campurkan dgn rempah kari ikan. Gaul rata. Panaskan minyak dan tumis bahan tersebut hingga rempahnya garing. Masukkan daging,/tetelan, taucheo, keledek lecek, air/air rebusan daging, garam dan gula. Masukkan kacang tumbuk, dikacau sebentar dan sesuaikan rasanya dgn selera anda. Biarkan kuah mendidih baru diangkat.
Bahan Taburan (Garnishing)
Daun sup/bawang, lada hijau/merah, bawang goreng, tahu goreng, limau kasturi, telur rebus.
Nota: Kuah Mee Rebus ini biasanya mesti ada rasa sedikit manis (jgn terlalu manis pula) dan juga rasa tauconya. Rempah karinya pula jgn terlalu banyak, nanti jadi mee kari ! Saya gunakan rempah kari ikan sebagaimana yg diajar oleh ibu saya. Selain menjadi pemekat kuah, kacang tumbuk juga digunakan utk menambah rasa enaknya. Tak perlulah gunakan tpg jagung utk memekatkan kuah.
Langgan:
Catatan (Atom)